Wednesday, 14 December 2016

Keindahan Masjid Terbesar Di Puncak Alam

By Adriana Amir


Masjid Puncak Alam adalah masjid pertama terbesar di Bandar Puncak Alam, Selangor yang mempunyai keluasan 9.5 ekar terletak berhadapan TESCO Puncak Alam dan bersebelahan stesen minyak PETRONAS. Secara fizikalnya, pembangunan masjid ini mula dibina pada 1 Julai 2011 dan siap sepenuhnya pada 15 Jun 2014 telah diasaskan oleh Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Sdn. Bhd.


Masjid Puncak Alam terletak di Jalan Persiaran 1, Bandar Baru Puncak Alam ini boleh memuatkan sekitar 5000 orang jemaah dalam satu masa telah mula beroperasi secara rasmi pada 22 Jun 2014. Kompleks masjid ini mempunyai Bangunan Utama Masjid, bangunan Dewan Serbaguna, bangunan pentadbiran dan kelas, bilik pengurusan jenazah, dan lain-lain lagi.



Masjid Puncak Alam juga menyediakan tempat letak kenderaan yang luas. Ia boleh menempatkan 290 buah kereta dan 140 buah motorsikal dalam satu masa.

Luar Masjid Puncak Alam


Ruang Legar/ Solat Terbuka



Ruang Solat Tertutup Masjid




AddressPersiaran Puncak Alam 1, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor, Malaysia

No comments:

Post a Comment